Syarat
dan Terma Program Affiliate
-
Pendaftaran
agen affiliate adalah PERCUMA.
-
Setiap
jualan yang terhasil daripada usaha promosi anda, komisyen
sebanyak RM50 (pakej
percubaan), RM100
(pakej pengguna) & RM200
(pakej jimat) akan diberikan bagi setiap orang yang membeli
daripada link anda.
-
Komisyen
yang terkumpul akan dibayar pada 1 dan 15 haribulan.
-
Maklumat
lengkap haruslah diberi semasa pendaftaran affiliate untuk
mengelakkan kesulitan ketika pembayaran komisyen.
-
Komisyen
affiliate untuk pembelian diri sendiri tidak diambil kira.
-
Komisyen
yang gagal diberikan kepada anda disebabkan butiran peribadi
anda tidak lengkap atau palsu akan terus dibatalkan. Komisyen
akan diberikan dalam bentuk Online Banking Transfer terus
ke bank-bank tempatan.
Agen
Affiliate DILARANG sama sekali melakukan SPAM. Jika didapati
mana - mana ahli yang melakukan SPAM, maka keahlian akan
ditamatkan serta - merta. Komisyen yang terkumpul tidak
akan dibayar kepada ahli yang melakukan SPAM. SPAM adalah
jenayah besar di alam Cyber.
Apa
itu SPAM? Sekiranya anda menghantar e-mel promosi link affiliate
anda kepada mana-mana alamat e-mel yang mereka (penerima
emel) tidak mengenali anda, bermakna anda telah menyebarkan
SPAM. Oleh itu, lakukan promosi kepada rakan-rakan kenalan
anda sahaja untuk mengelakkan SPAM.
Silalah
mengamalkan teknik promosi yang baik dan beretika. Selamat
menjana pendapatan Internet dari sistem affiliate Score A
Programme tanpa had!
Sekiranya
anda telah menjadi agen affiliate...
Apa
itu program affiliate?
Program affiliate adalah satu program dimana anda akan diberi
sejumlah komisyen apabila ada seseorang membeli hasil daripada
promosi yang anda lakukan melalui link affiliate anda.
Anda
dikehendaki mendaftar sebagai affiliate terlebih dahulu
untuk menerima link affiliate anda. Anda boleh mendaftar
sebagai agen affiliate di
sini. Dengan mendaftar affiliate dan menerima link affiliate
anda, maka anda akan dikenali sebagai agen affiliate.
Link
affiliate yang anda akan terima adalah unik. Anda boleh
mempromosikan link affiliate anda samada menggunakan e-mel
(tetapi jangan menghantar SPAM) atau banner yang disediakan
melalui kod yang akan diberikan dan diletakkan di dalam
laman web atau blog anda.
Bagaimana
sistem affiliate ini berfungsi?
Apabila anda membuat promosi melalui link affiliate anda,
samada melalui e-mel atau banner maka pengunjung yang berminat
akan klik pada link affiliate atau banner anda tersebut.
Apabila
pengunjung klik pada link affiliate anda atau banner tersebut,
maka pengunjung akan dibawa terus ke laman web tuisyen2u.com.
Sebenarnya,
sebaik sahaja pengunjung klik pada link affiliate anda atau
banner tersebut, nombor id affiliate anda telah direkodkan
di dalam sistem komputer pengunjung tetapi pengunjung tidak
sedar perkara ini berlaku.
Pengunjung
mungkin tidak akan terus membeli apabila pertama kali melawat
laman web onlinetuisyen.com. Sebaliknya mereka akan terus
mengunjungi laman web ini untuk beberapa kali. Namun demikian
id anda masih tersimpan di dalam komputer pengunjung dan
tatkala mereka membuat belian dengan mengisikan borang pengesahan
bayaran, maka sistem akan merekod penjualan daripada link
promosi anda (merujuk kepada id yang tersimpan di dalam
sistem komputer pengunjung).
Apabila
pembelian berlaku, maka sistem affiliate akan memberikan
maklumat tersebut dan kami akan memaklumkan tentang pembelian
tersebut kepada anda. Anda akan dimaklumkan tentang komisen
tersebut menerusi e-mel bagi setiap jualan yang berlaku.
Operasi
affiliate ini diuruskan oleh sistem. Jadi ia telus dan merekodkan
penjualan sebenar dalam memberikan komisen affiliate. Kami
juga sentiasa memantau operasi sistem ini agar berjalan
dengan baik. Anda tidak perlu bimbang tentang pelaksanaan
sistem affiliate ini.